Selasa, 9 September 2008

insyirah comel


Banyak berlaku beberapa hari ini. Baby dlm perut dah semakin besar. Aku mmg berkira betul nak berjalan. Pergi kerja lagi torture! Jammed tak ingat. Sampai satu hari tu aku stressed sgt aku terus email pada PBT tmpt kerja aku. Tapi nak jadi cerita ni besh, aku tersalah hantar email. Ada ke aku pergi hantar pada pemaju perumahan ********* holding! Malu je bila ********* holding balas. Aku setakat replied "minta maaf". Makin pandai aku, makin bijak tindakan aku ni. Hissshh.

Insyirah dah semakin bijak berkata-kata. Sampai sekarang aku kagum sgt tgk perkembangan dia. Semalam dia asyik ulang² sebut A-Z. Aku tahu dia xkenal huruf yg dia sebut, tp dia hafal. Bila dia combined byk perkataan dalam ayat dia pun buat aku sgt kagum. Masya Allah. Bijak sungguh kurniaan ALLAH pada kami. Tapi aku lihat perkembangan dan kematangan dia jauh lebih cepat daripada geng yang sebaya dengan dia. Alhamdulillah. Apa pun, aku harap adik dia dlm perut ni pun cepat catch up cam kakak dia juga!Amin.

Tiada ulasan: