Jumaat, 19 September 2008

Mungkin hari terakhir?

Jumaat juga akhirnya. Mungkin ini hari terakhir sebelum aku cuti bersalin. Apa lagi kerja yang urgent? Yang low priority, tunggu je la aku balik nanti. Yang urgent ni je kena siapkan. Kalau tak seksa org yang menanggung kerja aku. Dah la salah timing. Orang nak cuti raya, time tu la aku nak bersalin.

Due date bersalin 30-9-2008. Memang betul-betul malam raya. Tapi dulu masa Aliyah Insyirah awal 3 hari. Yang ini tak pasti la lagi. Aku enjoy pregnancy kali ini, tak de la aku nak baby ni keluar awal cam Aliyah Insyirah. Biar la dia membesar sihat dlm perut, kalau dah ready keluar la.

Ok la nak balik. Aku dah bosan hari-hari jammed bulan Ramadhan ni. Membazir minyak aku je.

Tiada ulasan: