Ahad, 28 Jun 2009

Hepi Besday Mimi!

hehehe, ini blog yg sangat hebat sebab dah berkulat. Yang terakhir entry aku masa aku dlm pantang melahirkan Affan. Sekarang ini, Affan pun dah boleh berdiri sendiri. Aliyah Insyirah pun asyik sebut nak pergi sekolah sahaja. Aku pun terasa nak tambah entry dalam blog jendul aku ini.

Memang banyak yang berlaku sejak 9 bulan kebelakangan ini. Aku sendiri sudah tak berapa pasti. Yang aku pasti semangat aku nak blah dari opis lebih kuat dari semangat yang lain-lain. Keadaan di sini memang sangat mendukacitakan. Aku sebenarnya yang gagal agaknya. Gagal untuk jadi lebih kuat?

Oh, aku baru sahaja sambut ulang tahun lahir 17 Jun hari itu. Siap ambil cuti dgn hubhub sbb nak keluar sama-sama macam zaman muda-muda dulu. Memang seronok. Part yang lebih seronok adalah duit agak kering hari itu sebab tengah bulan. Memang macam zaman belum kawin. Nak dating tapi duit kering. Huhuhuhu.
Kering tak kering jugalah, kami pergi Pavillion utk tgk movie, cerita State to play, lepas movie habis pergi makan di THE LOFT. Memang kelakar--makan roti je--tpi roti nya sangat special. The Loft ini ada 2 di Malaysia satu di Pavillion satu lagi di Langkawi. Habis je makan, kami terus cari surau dan terus pegi Cyberjaya. Sebab hubhub nak makan di Restoran Arab (Saba').

Balik jemput Insy n Afn, terus pergi Bukit Raja sebab aku nak beli hadiah untuk aku. Sepasang sandal Hush Puppies hitam. Tersengih-sengih aku pakai sandal ini--selesanya. Kali terakhir beli sandal masa mengandungkan Insy. Wah asyik!! Dalam hati 'Janganlah ko buat hal sandal, mahal aku beli ni, at least bagi la 3 tahun ko selesakan kaki aku'

Dan 12tgh mlm berakhirlah 17 Jun--
Terima kasih 35 org yang wished besday.
Hebat juga alam maya ni--tiba-tiba semua org boleh ingat tarikh lahir kita.

Esoknya tu dapat email daripada hub hub:

Yesterday was amazing, fun, sexy, I felt like I was 19. Only I didn't have that much money when I was at that age. Oh, I didn't have money yesterday as well. So it really felt like I was 19. I was hoping that yesterday had lasted longer than that. But I guess that's not possible because we need to step back into our world. “The real world”. The world with 2 little cute monsters. Sorry I didn't get you the small gift. I was too excited with the 'going-out-dating' idea. The movie you've picked was nice, and the one you have yet to pick is also nice. Wish we could do that more often. I was happy. Today I'm in a very happy mode.

Rabu, 8 Oktober 2008

pics

ini affan 1stday
affan kat rumah
affan diperkotak katikkan
kakak yg loving

Sabtu, 27 September 2008

AFFAN HARITH BIN MOHAMAD RAZI



Jumpa juga kita. Awal seminggu dari tarikh yang kita janji. Sejukkan dunia ni. Jangan risau, ramai ada di sini akan peluk kuat-kuat. Ingat lagi tak suara ini? Ini suara Ibu. Ibu simpan sayang dalam rahim ibu. Gelap dan panas.

Nanti kita jumpa kakak, Aliyah Insyirah. Kakak selalu cium dia dalam perut ibu. Kakak mesti suka jumpa dia nanti.

Masa dia dalam perut, dia tak banyak ragam. Tapi kadang-kadang bila dia kicked ibu, bergegar-gegar perut ibu. Tapi tak mengapa, itu tanda dia ‘HI’ pada ibu. Mula-mula ibu kuat, boleh naik tangga lagi dari B1 sampai tingkat 3. Elok saja dia dah masuk 34 minggu, ibu dah mengalah. Jalan sikit je ibu dah tak larat. Bila malam kadang-kadang kaki ibu cramp. Kalau nak bangun pergi tandas, ibu kena berpaut pada dinding sebab kaki rasa lemah. Kadang-kadang abah tolong tarik ibu. Tapi tak mengapa, untuk dia ibu sanggupkan juga.

Baju-baju dia semua ibu kena beli baru sebab baju-baju kakak semua ada unsur-unsur feminin. Ibu beli sikit-sikit. Tau-tau je dah penuh laci dia. Kali ini semua barang ibu sediakan secukupnya. Sebab ibu dah tau apa yang patut ibu sediakan. Thanks to kakak Aliyah Insyirah!

Ibu lahirkan dia dalam kelaparan. Ibu terlalu lapar masa tu. Kali terakhir ibu makan pukul 5.30am. Masa ibu kena bertarung nak lahirkan dia jam 2.20 pm. Dengan badan ibu menggigil-gigil, mungkin kesan epidural yang ibu ambil. Ibu pun PUSH!PUSH!PUSH!

Kali ini ibu pandai sikit push. Nurses tu ajar. Tapi abah dia tengok je, tak pun tolong support badan ibu dari belakang tapi sebab ibu tak larat nak cakap ibu gagahkan juga badan ibu sendiri.

Dia punya heart rate tak konsisten. Jadi doctor pun buat keputusan nak guna vacuum. Lagipun masa doctor pecahkan air ketuban pukul 10am, air tu dah bercampur dengan najis dia. Ibu bersyukur sangat doctor tak ambil keputusan terburu-buru untuk c-sect je ibu. Alhamdulillah. Lega! Ibu masih boleh lahirkan dia dengan normal.

Elok je jam 2.48pm dia pun lahir. Sama dengan nombor bilik wad ibu 248. Terus doctor letak atas dada ibu. Lega ibu tengok dia terkulat-kulat. Dia nangis kuat. Tak macam kakak Aliyah Insyirah. Ini maknanya dia lahir dengan sihat. Lepas dia dah bersih-bersih, kena balut, abah pun azankan dia telinga kanan. Dia senyap je dengar.

Elok je selesai doctor jahit ibu, doctor pergi je, ibu muntah-muntah. Nurse kata inilah jus gastric. Memang pening ibu masa tu. Badan pun belum berhenti menggigil. Nurse Tanya ibu nak menyusukan dia atau tidak, ibu terus angguk. Sebab ibu nak dia dapat colostrums, bagi dia dapat antibody yang cukup boleh lawan penyakit.

Affan Harith bin Mohamad Razi, Selamat datang!

Selasa, 23 September 2008

23hb--hari ni ke?


Aku nak masuk labour room pagi ini. Aku siap sahur lagi. Macam lah boleh puasa. Kadang-kadang rasa contraction kuat. Ini mesti ada dilate sikit. Ok lah, nanti tak la lama sangat dalam labor room. Kali ini aku kuat sikit. Dulu contraction sikit je dah nak pengsan rasanya. Muka pun dah kerut-kerut. Kali ini boleh lagi layan Aliyah Insyirah. Itulah nama dia pengalaman. Pengalaman itu guru yang terbaik. Sebab itulah .orang suruh hormat orang tua-tua. Mereka ini banyak pengalaman.

Lepas solat subuh jemaah dengan hubhub, aku pun siap-siap. Tak make up pun sbb nak masuk labour room. Poyo sangat la pula. Lepas tu aku salam mak, minta maaf salah silap. Iskh dah besar dah ada anak pun selalu lawan cakap mak. Kenalah minta maaf banyak-banyak. Mak biasalah, dah nangis. Aku cubalah kawal. Nanti jadi emo pula.

Aku tengok Aliyah Insyirah tengah tidur lena. Yang ini aku memang tak tahan. Terus je laju air mata. Entah kenapa sayu aku tengok Aliyah Insyirah. Aku peluk cium Aliyah Insyirah sungguh-sungguh. Dah besar anak ibu ini. Dah nak jadi kakak. Rasa tak nak lepas je Aliyah Insyirah. Mata dah panas. Lepas ini tak dapatlah ibu nak beri perhatian 100%. Kena kongsi. Tidur pun ibu kena dahulukan baby sbb baby nak menyusu. Emo nya aku.

Elok je aku lepaskan Aliyah Insyirah, Aliyah Insyirah terus meraung kuat. “Ibu mana, ibu mana,” lagi lah aku sayu. Uwan cepat-cepat redakan Aliyah Insyirah. Aliyah Insyirah pegang tangan aku kuat-kuat, takut aku tinggalkan dia. Bila Aliyah Insyirah dah lena, perlahan-lahan aku leraikan tangan aku.

Doakan aku!

Isnin, 22 September 2008

Sayu



Doctor tak ada pagi. Jadi aku datang petang. Agak lambat juga aku datang. Tu pun hub hub dah kelam kabut takut klinik tutup. Sampai je klinik, doctor tak de kat bilik. Aku Tanya nurse zaidah. La, dia lepak kat café minum petang. Bertuah punya doctor.

Kami ingat, kami yang dah lambat. Penat je kelam kabut. Nasib baik aku tak berleter kat hub hub sebab lambat, kalau tak free je aku buang air liur.

Doctor tak suka dengar bila aku kata darah keluar lagi. Dia suruh buat CTG. Ini yang boring. Ikat-ikat perut aku, aku kena baring. Rimas. Tapi nak buat apa, demi baby. Tadi doctor Tanya, tau ke CTG apa, aku boleh jawab, yg ada graf-graf tu ke doctor?
Doctor senyum je.

Keputusan CTG aku, doctor kata contractions masih belum kuat. Tapi sebab ada tanda, doctor kata mungkin kena ‘paksa salin’ aku Tanya itu induce ke. Dia kata aah.
Tak sedap hati la aku induce ni.

Masa tu pukul 4pm, aku puasa, sekali doctor kata nak check dah dilate berapa cm. adei batal la puasa aku, dah la sabtu hari tu pun batal. Doctor ini!!!!
Aku berserah je la, there goes my puasa!

Sekali doctor Tanya, dah sedia nak masuk wad? Aku Tanya hari ini ke? Dia kata sekarang. Hah, terkulat-kulat muka aku time tu tengok muka hub hub. Muka dia macam cakap “You decide,” hishhh. Sekali doctor kata, tak ready ke? Dia kata ok, esok pagi pukul 8. Datang awal, dia nak induce. Done deal!
So ini malam terakhir aku leh hug Aliyah Insyirah sorang-sorang. Lepas ni kena bahagi hugs. Siannya Aliyah Insyirah. Sayu pula aku rasa.

Ahad, 21 September 2008

Mari kita berehat




Masih bloody show. Aku rasa juga contractions tu sekali sekala. Kadang-kadang buat aku berhenti berjalan sbb rasa sakit. Tapi sakit yang masih boleh ditahan. So hari ini tak buat apa pun.

Malas nak jalan-jalan. Apa pun semua malas. Baby masih gerak-gerak lagi dalam perut. Itu yang penting, kalau tak memang aku tak senang duduk. Aku ada dapat berita, kawan aku Rojaha, baby dia tak sempat. Tak pe la Rojaha, adalah sebab kenapa ada dugaan begitu. At least baby tu sempat rasa berbulan-bulan duduk dengan ibu dia, dengar suara ibu dia. Nanti baby tu tunggu Rojaha di pintu Syurga. Dia takkan masuk syurga selagi ibu dia tak masuk sekali. Itulah rahmat-Nya. Sabar ye Rojaha.

So tak de citer sangat hari ini. Orang kata kalau nak bersalin cepat-cepat, cuci toilet.
Husssh tak kuasa aku nak mencuci-cuci. Baik aku berehat dengan sebaik-baiknya. Lepas ini aku tak tau la nasib aku. Aliyah Insyirah pun kebelakangan ini dah makin menjadi-jadi manjanya. Tak boleh salah sikit, mesti nak menangis. Tak tahu la baby yang nak keluar ni macam mana kerenahnya.

Jadi biarlah aku berehat.

Sabtu, 20 September 2008

Follow up, Dr.BK TAN

Lepas solat jemaah dgn hub hub, sekali aku rasa lain macam je. Ooh, dah ada bloody show. Aku beritahu hub hub. Dia suruh kemas barang. Hari ini ke aku kena bertarung. Alamak, aku belum ready lagi, hari ini ingat nak buka puasa makan bubur lambuk. Lagipun aku belum puas hug Aliyah Insyirah.

Aku kemas je barang-barang, actually aku top up lagi barang-barang tak cukup. Sebab aku takut nanti silap-silap aku kena stay lama di hospital. Ye la mana boleh jangka, bb ada komplikasi, cam Aliyah Insyirah haritu. Kena jangkitan kuman pada paru-paru. Jadi doctor beri antibiotic utk 5 hari.

Apa-apa pun kena bersiap sedia. Kita tak tahu apa akan berlaku, kita boleh bersedia sahaja kan?

Jumpa doctor. Doctor kata pintu rahim belum buka. Tapi tanda dah keluar. Contractions belum kuat sangat lagi. Kepala bb pun tinggi lagi. Jadi doctor kata jumpa hari Isnin.

Sebelum aku keluar bilik doctor, doctor siap pesan lagi jangan buat trip jauh-jauh. Ala doctor ni mana sangat la aku nak pegi time perut berat-berat ni. Nak shopping raya pun tak sudi.