Sabtu, 30 Ogos 2008
Push Push Push
Sebab aku guna epidural, jadi aku tak rasa apa pun yang berlaku dari pinggang ke hujung jari kaki.
Badan kena tunduk menghala ke perut, (try tengok perut, automatic kita akan badan bengkok. Lepas tu kaki cuba jangkau kea rah doctor (sebab doctor betul-betul berada di bawah kita) kalau boleh try tendang badan doctor.
Ini akan cepatkan proses tolak baby ke bawah.
Rabu, 27 Ogos 2008
Kes Kehilangan Pasport Malaysia
Skrg, AIRASIA tgh offer 1m free seats. teringin nak g bandung. bagai nak rak cari passport. dah gerak gemur selongkar rumah mak.tp xjumpa gak. frust tol. so kena declare hilang je la ni???
-----------------------------------------------------------------------------------------
Warganegara Malaysia yang telah kehilangan Pasport Malaysia perlu :
-----------------------------------------------------------------------------------------
Membuat Laporan Polis
Jika memerlukan Pasport gantian, sila ke Pejabat Imigresen Negeri berdekatan tempat tinggal pemohon (kecuali Ibu Pejabat) untuk mengemukakan permohonan seperti berikut:
Borang Permohonan Pasport Malaysia (IM.42 Pin 1/97)
Borang Soal Selidek Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42c)
Laporan Polis (2 salinan)
Laporan Jabatan Bomba; jika kehilangan dalam kebakaran (2 salinan)
Kad Pengenalan (2 salinan)
Sijil Kelahiran (2 salinan)
Sijil Warganegara - jika berkenaan (2 salinan)
Gambar terbaru berukuran Pasport
Surat pengesahan bekerja daripada majikan (2 salinan) dan jika berada diluar negara, perlu tunjukkan bukti Permit Kerja
Salinan Pasport Malaysia yang hilang (jika ada)
2 salinan Sijil Perakuan Cemas beserta laporan dari Pejabat Imigresen Lapangan Terbang/ pintu masuk (jika kehilangan berlaku semasa lawatan singkat seperti melancong, menghadiri seminar/persidangan antarabangsa atau mengikuti kursus jangka pendek diluar negara)
2 salinan surat pengesahan taraf (jika pemohon bertaraf penduduk tetap diluar negara)
2 salinan surat pengesahan banjir dari pihak berkuasa tempatan (jika kehilangan kerana banjir)
2 salinan surat pengesahan / tawaran belajar di luar negara
2 salinan sijil perkahwinan / surat cerai (jika bawah 18 tahun dan telah berkahwin)
Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, 2 salinan kad pengenalan ibu atau bapa
Makluman
Jika semasa kehilangan Pasport Malaysia berlaku pemohon berada di luar negara kerana menetap sebagai Penduduk Tetap, bekerja atau sedang melanjutkan pelajaran, permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan untuk Pasport Malaysia gantian kerana kehilangan akan di hantar melalui Beg Diplomatik oleh Perwakilan Malaysia ke Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya. Jadual setiap penghantaran adalah 1 kali dalam sebulan dan keseluruhan tempoh yang diambil untuk proses siasatan dan keputusan permohonan sehingga Pasport Malaysia siap dihantar kepada Perwakilan adalah dalam 3 - 4 bulan. Ini adalah anggaran untuk permohonan yang lengkap mengikut prosedur kes kehilangan.
6.30 pagi
Semalam elok je pukul dobelas mlm, perut aku lapar betul. Hubhub pun dah nmpk ZzZZZZzZZ. Tapi agaknya hubhub kesian tgk aku kelaparan, dia ajak turun ke dapur teman dia masak. Aku pun kesian gak dengan dia sbb dia baru je turun dari Kerteh, tp apa nak buat, perut ni lapar sangat.
Masak + makan = 1.30am.
Aku dah propose nak iron baju dulu. Hubhub kata tido je la, dah lewat sgt. Elok je aku bukak mata dah 6.30am!!!!Tekanan cam ni lah merangsang pengeluaran hormon adrenaline. Boleh kira dlm seminggu berapa kali je kami boleh siap dgn aman dan tenang.
Hantar Insyirah dulu ke rumah uwan dia. Skrg ni dia dah pandai nak nangis. Uwan dia ajar,
"Ibu pegi work, cari duit, beli susu aliyah," Nanti insyirah tambah la, "Susu aya mahal!," Selalu aku kena berlakon-lakon dulu baru la boleh keluar rumah curi².
Aku sampai opis lewat 15mins. Tp hubhub lagi sian, lewat 1jam sbb rehearsal Merdeka. Menyusahkan org sungguh, time peak hrs la nak tutup jalan. Minyak mahal ooo!
Aku rasa kena buat resolution la utk esok dgn hari² mendatang. Tak boleh selalu mcm ni. Elok je pencen, kena heart attack.
