Ahad, 28 Jun 2009

Hepi Besday Mimi!

hehehe, ini blog yg sangat hebat sebab dah berkulat. Yang terakhir entry aku masa aku dlm pantang melahirkan Affan. Sekarang ini, Affan pun dah boleh berdiri sendiri. Aliyah Insyirah pun asyik sebut nak pergi sekolah sahaja. Aku pun terasa nak tambah entry dalam blog jendul aku ini.

Memang banyak yang berlaku sejak 9 bulan kebelakangan ini. Aku sendiri sudah tak berapa pasti. Yang aku pasti semangat aku nak blah dari opis lebih kuat dari semangat yang lain-lain. Keadaan di sini memang sangat mendukacitakan. Aku sebenarnya yang gagal agaknya. Gagal untuk jadi lebih kuat?

Oh, aku baru sahaja sambut ulang tahun lahir 17 Jun hari itu. Siap ambil cuti dgn hubhub sbb nak keluar sama-sama macam zaman muda-muda dulu. Memang seronok. Part yang lebih seronok adalah duit agak kering hari itu sebab tengah bulan. Memang macam zaman belum kawin. Nak dating tapi duit kering. Huhuhuhu.
Kering tak kering jugalah, kami pergi Pavillion utk tgk movie, cerita State to play, lepas movie habis pergi makan di THE LOFT. Memang kelakar--makan roti je--tpi roti nya sangat special. The Loft ini ada 2 di Malaysia satu di Pavillion satu lagi di Langkawi. Habis je makan, kami terus cari surau dan terus pegi Cyberjaya. Sebab hubhub nak makan di Restoran Arab (Saba').

Balik jemput Insy n Afn, terus pergi Bukit Raja sebab aku nak beli hadiah untuk aku. Sepasang sandal Hush Puppies hitam. Tersengih-sengih aku pakai sandal ini--selesanya. Kali terakhir beli sandal masa mengandungkan Insy. Wah asyik!! Dalam hati 'Janganlah ko buat hal sandal, mahal aku beli ni, at least bagi la 3 tahun ko selesakan kaki aku'

Dan 12tgh mlm berakhirlah 17 Jun--
Terima kasih 35 org yang wished besday.
Hebat juga alam maya ni--tiba-tiba semua org boleh ingat tarikh lahir kita.

Esoknya tu dapat email daripada hub hub:

Yesterday was amazing, fun, sexy, I felt like I was 19. Only I didn't have that much money when I was at that age. Oh, I didn't have money yesterday as well. So it really felt like I was 19. I was hoping that yesterday had lasted longer than that. But I guess that's not possible because we need to step back into our world. “The real world”. The world with 2 little cute monsters. Sorry I didn't get you the small gift. I was too excited with the 'going-out-dating' idea. The movie you've picked was nice, and the one you have yet to pick is also nice. Wish we could do that more often. I was happy. Today I'm in a very happy mode.