Sabtu, 20 September 2008

Follow up, Dr.BK TAN

Lepas solat jemaah dgn hub hub, sekali aku rasa lain macam je. Ooh, dah ada bloody show. Aku beritahu hub hub. Dia suruh kemas barang. Hari ini ke aku kena bertarung. Alamak, aku belum ready lagi, hari ini ingat nak buka puasa makan bubur lambuk. Lagipun aku belum puas hug Aliyah Insyirah.

Aku kemas je barang-barang, actually aku top up lagi barang-barang tak cukup. Sebab aku takut nanti silap-silap aku kena stay lama di hospital. Ye la mana boleh jangka, bb ada komplikasi, cam Aliyah Insyirah haritu. Kena jangkitan kuman pada paru-paru. Jadi doctor beri antibiotic utk 5 hari.

Apa-apa pun kena bersiap sedia. Kita tak tahu apa akan berlaku, kita boleh bersedia sahaja kan?

Jumpa doctor. Doctor kata pintu rahim belum buka. Tapi tanda dah keluar. Contractions belum kuat sangat lagi. Kepala bb pun tinggi lagi. Jadi doctor kata jumpa hari Isnin.

Sebelum aku keluar bilik doctor, doctor siap pesan lagi jangan buat trip jauh-jauh. Ala doctor ni mana sangat la aku nak pegi time perut berat-berat ni. Nak shopping raya pun tak sudi.

Tiada ulasan: